Marilah...mari...masuk Koperasi Tentera !!!!!
KOPERASI TENTERA ( KTMB )
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi Tentera ditubuhkan pada 12 November 1960 sebagai sebuah koperasi jimat cermat dan pinjam meminjam (thrift and loan) dengan OBJEKTIF UTAMA untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota ATM. Pada tahun 1975, Koperasi Tentera telah bertukar menjadi sebuah koperasi serbaguna (multipurpose) hingga ke hari ini.
Selasa, 4 November 2014
WEBSITE KOPERASI
Untuk keterangan lebih lanjut lagi..boleh lah terus melayari laman sesawang di bawah..........
Marilah...mari...masuk Koperasi Tentera !!!!!
Marilah...mari...masuk Koperasi Tentera !!!!!
Isnin, 3 November 2014
PERKHIDMATAN
KOPERASI TENTERA ini bukan sahaja mempunyai Pakej Jualan Produk kepada ahli-ahlinya malah KOPERASI TENTERA juga menawarkan
Perkhidmatan Pinjaman Peribadi serta
AKTIVITI KOPERASI
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI
Mesyuarat Agung ini diadakan setahun sekali pada hujung bulan Jun bertempat di Kem Sungai Buloh, Selangor. Semua anggota seluruh malaysia akan turun untuk mengundi Ahli Lembaga yang baru. Macam PILIHANRAYA la ni,,,,Yang paling syok dapat ELAUN KEHADIRAN dari Koperasi..Datang jangan tak datang,,,
Keahlian KOPERASI TENTERA
Keanggotaan KOPERASI TENTERA terbuka kepada seluruh anggota ATM dan semua kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan.
Jumlah keanggotaan berakhir setakat 30 September 2014 ialah seramai 151,522 orang dengan kumpulan wang anggota termasuk yuran terkumpul dan modal syer sebanyak RM1.022 bilion.
SENARAI SEMAK UNTUK MENJADI AHLI KOPERASI adalah seperti berikut:
- ANGGOTA ATM : Satu salinan My Tentera dan Penyata gaji Asal ( jangan lupa minta pengesahan dari Pegawai )
- ANGGOTA AWAM ( kerja bawah MINDEF ) : Satu salinan My Kad, Borang Biro Angkasa, Borang had Kelayakan dan dua bulan salinan Penyata Gaji untuk di Sabah ( sama juga ah jangan lupa minta pengesahan dari Pegawai )
BAYARAN YANG DIKENAKAN KEPADA AHLI ( Boleh buat Potong melalui Gaji atau pun Bayar sendiri... PILIH la mana yang lebih SENANG,,,, )
- SYER : RM 100.00
- Fee/Pendaftaran Masuk : RM 10.00
- Yuran : RM 30.00 ( Minimum )
Langgan:
Catatan (Atom)